Friday, July 22, 2011

Ramadhan, perkataan yang tersirat....

just read this from a blog...very interesting....

Ra – Mim – Dhod – Alif – Nun

Tersirat daripada perkataan huruf RA-MA-D-A-N



Ra – adalah Rahmah

Bulan Ramadhan adalah bulan rahmah. Didalamnya dilimpahi dengan pelbagai kerahmatan dan kenikmatan yang tidak terhitung untuk hamba-hamba Allah SWT dan seluruh manusia.

Mim – adalah Maghfirah ( Keampunan)

Bulan Ramadhan adalah bulan keampunan. Allah SWT membuka ruang dan pintu keampunan seluas-luasnya bagi hambaNya yang memohon keampunan serta menginsafi diri di setiap detik di dalam bulan Ramadhan.

Dari Abu Hurairah telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan berdasarkan iman dan penuh kesedaran mengharapkan Allah maka diampuni dosa-dosa yang terdahulu sebagaimana hari dilahirkan oleh ibunya.” ( HR Ibnu Khuzaimah)



Dhod – adalah Dhoman ( Jaminan)

Bulan Ramadhan adalah bulan yang diberikan jaminan oleh Allah SWT sebagai bulan yang akan memberikan seribu kebaikan dan ganjaran Syurga bagi sesiapa yang menggunakan kesempatan ini dengan sebaiknya. Jaminan ini adalah jaminan yang tiada tandingannya berbanding bulan-bulan yang lain.

Alif – adalah Amana

Bulan Ramadhan adalah bulan keamanan, ketenangan dan kebahagiaan. Hati dan jiwa kita benar-benar tenang dengan kehadiran dan perasaan nyaman serta tenteram selalu menyelubungi sanubari kita sepanjang berada di dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Inilah kehebatan dan keunikan Ramadhan.

Nun – adalah Nur

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sentiasa dilimpahi dengan cahaya hidayah dan keimanan daripada Allah SWT. Bagi yang mencintai dan merindui kehadiran bulan yang penuh kerahmatan ini, akan menyedarikan bahawa sinar Ramadhan adalah sinar yang terang benderang memberi pengharapan dan kekuatan kepada jiwa untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi melahirkan seorang mukmin muslim yang bertaqwa dalam erti kata yang sebenarnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Pada bulan Ramadhan diturunkan kitab suci Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu, dan garis pemisah antara hak dan yang batil.” [ Al- Baqarah (2) : 185]



Jika bulan Ramadhan datang, Rasulullah SAW biasanya menyambut dengan ucapan :

“ Selamat Datang Wahai orang yang menyucikan.”

Para sahabat bertanya :

“ Siapakah orang yang menyucikan itu wahai Rasulullah ?”

Baginda menjawab :

“ Orang yang menyucikan itu ialah bulan Ramadhan. Ia menyucikan kita daripada segala dosa dan maksiat!.”

No comments: